View Article |
Perspektif Pemain Industri Terhadap Prosedur Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam mengawalselia Penerbitan Terjemahan al-Quran
Muhammad Hadi Moin Abdul Latiff1, Haziyah Hussin2.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia adalah badan yang bertanggungjawab menyemak dan menilai penerbitan terjemahan al-Quran yang dihasilkan oleh penerbit. Beberapa prosedur dan peraturan disediakan namun masih terdapat isu ketidaktepatan kandungan dalam terjemahan al-Quran. Artikel ini membincangkan mekanisme yang diguna pakai oleh JAKIM untuk mengawal selia penerbitan terjemahan al-Quran serta pandangan dan cadangan pemain industri penerbitan al-Quran dan terjemahan di Malaysia terhadap prosedur tersebut. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif. Data kajian ini dikumpulkan menerusi metode temu bual separa berstruktur bersama pegawai JAKIM, ketua editor syarikat penerbit al-Quran dan analisis dokumen. Data tersebut kemudiannya, dianalisis secara deskriptif, manakala data temubual ditranskripsi dan dianalisis berdasarkan tema. Hasil kajian ini mendapati mekanisme JAKIM dalam mengawal selia penerbitan terjemahan al-Quran ialah dengan melantik panel penyemak; penerbit berhubung dengan panel penyemak; penerbit melakukan penambahbaikan atau pembetulan; panel penyemak menyediakan laporan akhir; JAKIM memberikan perakuan. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti tiga isu utama yang diketengahkan oleh pemain industri terhadap prosedur kawalan terjemahan al-Quran JAKIM, iaitu ketiadaan lajnah khusus yang dipertanggungjawab untuk menyemak terjemahan al-Quran, ketiadaan tempoh masa semakan dan perakuan serta ketiadaan garis panduan yang komprehensif bagi penterjemahan dan semakan al-Quran. Kajian ini menunjukkan prosedur kawalan penerbitan terjemahan al-Quran perlu ditambahbaik pada masa hadapan justeru ia memerlukan inovasi dilakukan.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 29 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|