Pembangunan Instrumen Karakter Kreatif Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET)
Abd Rahman Wahab1, Mohd Sukri Saud2.
Kreativiti ialah keupayaan untuk melihat sesuatu daripada perspektif baharu, serta keupayaan untuk melihat dan menyelesaikan masalah dengan cara yang berbeza. Karakter pula didefinisikan sebagai sifat atau ciri perwatakan yang membezakan seseorang daripada yang lain. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan kajian literatur, kajian pendahuluan ini ditulis berlandaskan kepada beberapa sumber seperti jurnal dan media elektronik yang akan meneroka dan mengenalpasti elemen-elemen yang dominan dalam pembinaan karakter pelajar (Scci-TVET). Kajian lanjutan akan dilaksanakan secara gabungan kualitatif dan kuantitatif atau lebih dikenali sebagai mixed-method dengan memilih jenis reka bentuk penerokaan bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat. Dapatan kajian telah mengenal pasti enam elemen yang berkaitan karakter murid kreatif berdasarkan teori kreativiti Sternberg iaitu: kepintaran, pengetahuan, gaya berfikir, personaliti, motivasi dan persekitaran. Melalui instrumen karakter yang didasarkan pada teori-teori kreativiti yang telah dikemukakan diharapkan dapat meningkatkan kreativiti pelajar pada bidang TVET.
Affiliation:
- IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 81310 Johor Bahru, Johor, Malaysia., Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 42 time(s))