View Article |
Tahap penglibatan ibu bapa luar bandar Daerah Dungun dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah(PDPR) dan kesan terhadap perkembangan kanak-kanak Pasca COVID-19
Mohd Azwan A Rahman1, Muhammad Firdaus Mohamad Sharakal2.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberikan maklumat lanjut mengenai cara ibu bapa melibatkan diri dalam PdPR anak mereka sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini akan membantu memahami perspektif ibu bapa, bahan yang digunakan dan keberkesanan penglibatan ibu bapa dalam perkembangan kanakkanak. Kajian ini adalah berdasarkan kajian selidik yang melibatkan 69 orang ibu bapa kanak-kanak di kawasan luar bandar daerah Dungun Terengganu. Keputusan kajian menunjukkan majoriti ibu bapa mempunyai persepsi yang positif terhadap penglibatan mereka dalam aktiviti PdPR walaupun berada di kawasan luar bandar. Keputusan kajian yang penting ialah kedua-dua ibu dan bapa sama-sama melibatkan diri dalam PdPR bagi memastikan anak-anak dapat meneruskan pembelajaran walaupun berada di rumah.
Affiliation:
- Kolej Ketengah Jalan Sultan Sulaiman, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu, Malaysia
- Kolej Ketengah Jalan Sultan Sulaiman, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 37 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|