View Article |
Pemanfaatan digital dalam kalangan Pensyarah Pendidikan Awal Kanak (PAKK) melalui Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Siti Iwana Sharizah Abu Samah1, Razila Aw Kamaludin2, Luqman Hakim Harun3.
Kejayaan sesuatu agenda transformasi adalah atas sokongan daripada semua pihak dan peringkat organisasi serta komited terhadap perubahan. Pemanfaatan digital melalui Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kalangan pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dari segi pengetahuan dan kemahiran adalah bergantung terhadap pelaksanaan pembelajaran bermakna yang selaras dengan kerangka Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Kajian oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pensyarah PAKK dalam melaksanakan pembelajaran bermakna melalui pemanfaatan digital dalam PdP. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan 100 orang pensyarah PAKK daripada 24 buah Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) sebagai sampel kajian yang ditadbirkan secara dalam talian. Manakala proses pengumpulan data pula dilaksanakan menggunakan instrumen soal selidik yang terdiri daripada dimensi Konsep Transformasi Sekolah (TS25) iaitu 15 item kapasiti pedagogi, 8 item pemanfaatan digital dan 6 item kompetensi global. Analisis kajian menunjukkan hanya 37.0% orang pensyarah telah mencapai tahap tinggi. Manakala 45.0% orang pula berada ditahap sederhana dan 18.0% ditahap rendah. Hal ini menunjukkan keperluan pengetahuan pemanfaatan digital dalam kalangan pensyarah PAKK yang perlu ditingkatkan. Berdasarkan dapatan ini, empat dimensi dan tiga tahap kompetensi telah dihasilkan yang mengandung 50 jenis Profil Kompetensi KPPB. Oleh itu, bagi memastikan tahap pengetahuan dan kecekapan pensyarah PAKK adalah tinggi terhadap pedagogi terkini, penekanan keperluan terhadap pemanfaatan digital dalam kalangan pensyarah PAKK melalui kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diberikan keutamaan. Ini bagi memastikan Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai peneraju pusat kecemerlangan latihan keguruan yang bertaraf dunia dalam melahirkan bakal guru yang kompeten.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Malaysia, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Malaysia, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 57 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|