View Article |
Perkembangan seni rupa di Malaysia: Tumpuan kepada elemen kebudayaan
Nur Hasliza Abdulah1, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff2, Diana Ibrahim3, Wan Nor Ayuni Wan Mohd Zin4, Shahariah Mohamed Roshdi5.
Penulisan yang berunsurkan kebudayaan banyak menjadi tumpuan oleh sarjana- sarjana yang lepas. Namun begitu, penulisan yang memfokuskan elemen kebudayaan dalam seni rupa kurang diberi perhatian. Unsur tersirat dalam sesebuah karya seni amat penting bagi masyarakat dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh seniman. Untuk memartabatkan dalam melestarikan kebudayaan, penulisan ini memfokuskan kepada elemen- elemen kebudayaan dalam seni rupa. Secara dasarnya pelaksanaan DKK1971 dilihat masih tidak berjaya dalam menyatukan kaum dan etnik yang pelbagai di Malaysia kerana beberapa faktor seperti salah tanggapan konsep ‘Islam dan Melayu’ itu sendiri sedangkan ia juga membawa makna universal. Objektif penulisan ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti elemen kebudayaan dalam seni rupa melalui tinjauan penulisan kertas kerja yang lepas dan objektif kedua adalah menentukan jurang kajian untuk dicadangkan sebagai isu baru bagi penyelidikan akan datang. Metodologi penulisan ini adalah menggunakan kaedah kualitatif yang melihat hasil tinjauan penulisan kertas kerja yang lepas bagi mengenalpasti elemen kebudayaan dalam seni rupa. Penulisan ini juga memfokuskan kepada pengumpulan data melalui bacaan rapi, melihat kandungan teks dan membuat interpretasi. Hasil penemuan menunjukkan kebanyakan isu penyelidikan yang difokuskan adalah tentang penghasilan karyakarya yang berunsurkan tema persekitaran, motif-motif rekaan corak Melayu seperti batik, tekstil Melayu dan cara hidup masyarakat Melayu. Hanya beberapa penyelidikan sahaja yang menjurus kepada penggunaan sastera lisan dalam seni rupa. Justeru, kajian seterusnya untuk diteliti adalah penggunaan unsur sastera lisan dalam seni visual yang patut diketengahkan dalam melestarikan kebudayaan Melayu.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|