Teori Vygotsky Dalam Pembelajaran Murid Dan Kaitan Dengan Ciri Murid Bekeperluan Khas Penglihatan
Zur'ain Harun1, Mohd Izzuddin Mohd Pisol2, Hazlin Falina Rosl3, Zetty Nurzuliana Rashed4, Muhammad Najib Abdul Halim5, Norakyairee Mohd Raus6.
Model Konstruktivisme Vygostsky adalah paradigma perubahan yang membawa sistem pendidikan berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid. Model ini menekankan corak pembelajaran secara aktif yang menekankan aspek interaksi dan persekitaran mempengaruhi kepada pembentukan dan perkembangan ilmu sedia ada pelajar. Pedagogi Pendidikan Khas dilihat mula menggunakan teori ini dalam memastikan minat pelajar ada secara berterusan mampu tercapai dengan konsep yang diperkenalkan. Di akhir perbincangan ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat empat aspek yang menghubungkait dengan pembelajaran murid berkeperluan khas yang dibina berasaskan empat elemen penting dalam Vygotsky: 1) Zon Perkembangan Prokimal (Zone Proximal Development) 2) Komunikasi Interpersonal (Interpersonal Communication), 3) Pembelajaran bersama (Cooperative Learning) dan 4) Pedagogi Sosial (Social Pedagogical).
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia

- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
Toggle translation