View Article |
Perpaduan dan Patriotism Dalam Kalangan Pelajar Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban
Nor Hayati Fatmi Talib1, Hasani Ghazali2, Nor Wahida Dzalihu’zzabir3.
Perpaduan dan patriotism merupakan antara elemen utama dalam menjamin kesejahteraan hidup bernegara. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap perpaduan dan patriotism, melihat perbezaan persepsi berdasarkan jantina dan hubungan antara perpaduan dan patriotism dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus MPU21032 (Penghayatan Etika dan Peradaban). Seramai 240 daripada populasi 364 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada Abdul Rahim & Siti Norashikin (2010) bagi aspek perpaduan dengan dan adaptasi daripada Ku Hasnita et al (2018) aspek patriotism Instrumen ditadbir secara atas talian menggunakan aplikasi `google form’ dan dianalisis menggunakan aplikasi SPSS versi 23.0 secara deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati skor min keseluruhan 3.91 (SP=0.71) iaitu pada tahap sederhana tinggi bagi aspek tahap perpaduan dan skor min keseluruhan 4.33 (SP=0.52) iaitu pada tahap tinggi bagi aspek patriotism. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap perpaduan dan patriotism dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina. Terdapat hubungan yang sederhana dan berkadar terus antara perpaduan dan patriotism iaitu r=0.468, p<0.000 dengan kecerunan positif. Kedua-dua elemen ini perlu terus diterapkan dalam sistem pendidikan formal dan tidak formal bagi agar hasrat untuk hidup sejahtera dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dapat direalisasikan. Kajian lanjut dan berkala perlu dilakukan khasnya bagi menilai impak perlaksanaan kursus MPU21032 di peringkat politeknik dan secara umumnya menilai tahap perpaduan dan patriotism antara kaum di Malaysia.
Affiliation:
- Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, 71760, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
- Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, 71760, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
- Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, 71760, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|