View Article |
Pendekatan Menangani Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru: Kajian Kes Di Sekolah Menengah Kebangsaan
Mariam Abd. Majid1, Nur Najihah Ishak2, Aisyah Humairak Abd Rahman3.
Tekanan dalam pekerjaan merupakan antara isu yang sering dikemukakan menerusi media dan menjadi perbincangan dalam masyarakat. Keprihatinan terhadap isu ini penting bagi menghindari impak yang lebih serius berlaku. Fenomena tekanan didapati turut dihadapi dalam kalangan guru yang mendidik anak-anak di sekolah. Tekanan yang berlaku sukar dielakkan namun keupayaan diri dan kebijaksanaan pendekatan penting dalam menanganinya. Artikel ini bertujuan mengemukakan pendekatan yang dipraktikkan oleh guru Sekolah Menengah Kebangsaan bagi menangani tekanan yang dihadapi. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Kaedah pengumpulan data kajian ialah melalui temubual separa struktur yang melibatkan seramai 1 orang guru kaunseling dan 3 guru di Sekolah Menengah Kebangsaan. Pemilihan informen dibuat melalui kaedah persampelan bertujuan. Data kajian dianalisis secara deskriptif setelah melengkapkan transkipsi, proses membentuk tema dan pengkodan data yang disusun secara terperinci. Hasil kajian mendapati dua pendekatan utama yang dipraktikkan oleh guru dalam menangani tekanan yang dihadapi iaitu pendekatan spiritual iaitu menerusi proses muhasabah diri, fikir positif, sembahyang, doa serta tawakkal kepada Allah SWT dan pendekatan aktiviti fizikal iaitu melakukan aktiviti-aktiviti disukai dan meluangkan masa bersama keluarga.
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43000 Kajang, Selangor, Malaysia., Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43000 Kajang, Selangor, Malaysia., Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43000 Kajang, Selangor, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|