View Article |
Pendekatan belajar melalui bermain membantu Penguasaan Konsep Nombor Kanak-Kanak 4 tahun
Grace Uyang Ureng1, Nordin Mamat2, Fatimah Daud3.
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pendekatan belajar melalui bermain terhadap kanak-kanak 4 tahun .Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pemahaman kanak-kanak terhadap konsep nombor dengan menjalankan aktiviti Lempar, Cari dan Padankan. Kumpulan sasaran untuk kajian tindakan penyelidik kali ini adalah seramai 2 orang kanak-kanak yang berumur 4 tahun daripada Tadika Pasti al-husna yang terletak di daerah Hulu Bernam.. Masalah yang didapati dalam kelas ini ialah kanak-kanak tidak dapat mengenal pasti nombor 1 hingga 5 dengan baik. Objektif khusus kajian ini ialah bagi mencari kaedah pengajaran yang terbaik bagi membantu kanak-kanak empat tahun dalam mengecam nombor 1 hingga 5 dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain (Lempar, Cari dan Padankan). Reka bentuk kajian adalah Kajian Tindakan menggunakan kaedah kualitatif. Pengumpulan data untuk kajian ini diperolehi melalui pemerhatian iaitu hasil kerja, senarai semak pemerhatian dan gambar. Data dianalisis menggunakan Microsoft Words. Refleksi kajian menunjukkan pengajaran dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dapat membantu kanak-kanak dalam mengenal pasti nombor 1 hingga 5 dengan baik.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Tadika Pasti AL-Husna, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 65 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|