View Article |
Meningkatkan kemahiran mengenal bentuk 2D dan 3D dalam pembelajaran matematik awal melalui “penggunaan bahan maujud” di Prasekolah Pasti Al-Husna Hulu Bernam
Nickline Sumoi1, Masayu Dzainudin2, Nordin Mamat3.
Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan terbaik guru terhadap pembelajaran melalui aktiviti praktikal di kelas prasekolah .Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pemahaman kanak-kanak prasekolah tentang jenis bentuk 2 Dimensi dan 3 Dimensi dengan menggunakan bahan maujud. Kumpulan sasaran untuk kajian tindakan penyelidik kali ini adalah seramai 3 orang murid-murid yang berumur 4 tahun daripada Prasekolah Pasti AlHusna, Hulu Bernam, Selangor. Masalah yang didapati dalam kelas ini ialah murid-murid masih tidak mengenali jenis bentuk dalam konsep awal matematik. Objektif kajian ialah ialah untuk mencari kaedah berkesan pengajaran konsep matematik awal mengenal jenis bentuk 2D dan 3D dalam kalangan kanak-kanak 4 tahun menggunakan aktiviti pembelajaran menggunakan bahan maujud. Reka bentuk kajian adalah Kajian Tindakan menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah yang digunakan adalah dengan bahan maujud dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh penyelidik. Pengumpulan data untuk kajian ini diperolehi melalui pemerhatian iaitu hasil kerja, Rekod Anekdot dan gambar. Data dianalisis menggunakan Microsoft Words. Pelaksanaan kajian adalah melalui 4 fasa kajian iaitu merancang, bertindak, melaksanakan dan membuat refleksi. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa penggunaan bahan maujud dapat menarik minat peserta kajian untuk belajar bentuk serta dapat mengaplikasikan pembelajaran bentuk menggunakan bahan maujud degan bentuk sekeliling. Refleksi kajian menunjukkan pengajaran menerusi aktiviti menggunakan bahan maujud dapat menarik perhatian kanakkanak serta membangkitkan semangat untuk belajar dalam kalangan murid. Secara umumnya, kajian ini dapat memudahkan tugas pendidik dan disamping menaikkan semangat kanak-kanak untuk belajar bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi tambah yang menyeronokkan mereka.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 64 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|