View Article |
Aplikasi Fiqh al-Awlawiyyāt dalam Pemfatwaan: Sorotan Isu Perubatan Terpilih
Sarah Aqilah Mazuki1, Mohd Fadzhil Mustafa2, Hannan Fatini Md Reshad3.
Perkembangan teknologi yang pesat pada masa kini telah memberi kesan yang besar kepada teknologi perubatan. Perkara ini membawa kepada penemuan pelbagai penyakit, kaedah rawatan, ubat-ubatan dan sebagainya. Namun, perkembangan teknologi dalam dunia perubatan ini juga membawa kepada timbulnya permasalahan yang baharu dan memerlukan kepada penelitian secara terperinci terhadap hukum-hakam yang berkaitan dengannya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis pengaplikasian fiqh al-awlawiyyāt dalam isu perubatan yang terpilih. Metodologi kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Manakala, kaedah dokumentasi digunakan untuk mengumpulkan maklumat berkenaan dengan kajian dan analisis kandungan diaplikasikan dalam kaedah analisis data. Kajian ini juga hanya memfokuskan kepada beberapa isu perubatan yang terpilih. Hasil kajian ini mendapati bahawa fiqh al-awlawiyyāt telah diaplikasikan dalam penetapan dan pengeluaran hukum di Malaysia. Pengeluaran fatwa yang dilakukan oleh institusi yang bertanggungjawab ini telah menunjukkan kepentingan menjaga maqāsid syari’ah ketika berlakunya sesuatu permasalahan. Oleh yang demikian, kajian ini menyimpulkan bahawa pengaplikasian fiqh al-awlawiyyāt dalam pengeluaran hukum juga merupakan salah satu aspek atau elemen yang perlu diberi perhatian yang khusus dalam memastikan hukum yang diputuskan tersebut selari dengan kehendak syarak.
Affiliation:
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA, Malaysia
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA, Malaysia
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 23 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|