View Article |
Keperluan Zikir dalam Pembelajaran Menurut Kitab Tanwirul Qulub [The Need for Zikir
Subaidi1, Rahimah Embong2, Slamet Untung3, Yahya Don4, Azzah Nor Laila5, Alex Yusron Al Mufti6.
Zikir adalah sebahagian daripada ibadat yang digalakkan dalam Islam. Banyak ayat al-Qur’an dan Hadith Nabi SAW (sallallahu ‘alaihi wa al-salam yang memberikan penjelasan terkait dengan kepentingan, pelaksanaan dan kelebihan atau fadilat zikir. Makalah ini meninjau keperluan zikir dalam pembelajaran berdasarkan manuskrip kuno iaitu kitab Tanwîrul Qulûb. Berdasarkan analisis, kitab ini ditulis oleh Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi yang lahir sekitar abad ke-13 di kota Ibril dekat kota Moshul Iraq. Penelitian ini mendapati bahawa zikir bukan hanya dituntut kepada semua umat Islam, melainkan ia menjadi keperluan amat penting bagi para pelajar sewaktu proses pembelajaran. Salah satu tuntutan zikir adalah menguatkan ingatan dan juga membawa kemurahan rezeki. Beberapa adab dari pada zikir telah dikemukakan dalam kitab ini sebagai panduan para penuntut ilmu pengetahuan. Perbincangan terkait dengan keperluan zikir dalam kitab ini adalah selaras dengan pemikiran para ulama sebelumnya, utamanya terkait dengan adab bagi penuntut ilmu dalam tradisi pendidikan Islam dan memberikan pemahaman bahawa zikir adalah amat penting dalam kehidupan para pelajar, agar mereka menjadi ilmuwan di kemudian hari.
Affiliation:
- Universitas Islam Nahdlatul Ulama Jepara, Indonesia, Indonesia
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
- Universitas Islam Negeri K.H. Abdurrahman Wahid Pekalongan, Indonesia, Indonesia
- Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, 06010 Bukit Kayu Hitam, Kedah, Malaysia
- Universitas Islam Nahdlatul Ulama Jepara, Indonesia, Indonesia
- Universitas Islam Nahdlatul Ulama Jepara, Indonesia, Indonesia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 25 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|