View Article |
Persepsi Masyarakat Bukan Islam Terhadap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)
Nurul Fadzlina Mohd Asri1, Jaffary Awang2.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) adalah sebuah institusi yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat bukan Islam di Kelantan khususnya. Namun kini, JAHEAIK menjadi perhatian dalam kalangan rakyat terutamanya masyarakat bukan Islam di negeri Kelantan atas beberapa faktor yang berada di bawah bidang kuasanya. Isu tersebut telah menjadikan JAHEAIK sebagai bahan perbincangan dalam kalangan masyarakat bukan Islam dan memberi kesan terhadap persepsi masyarakat bukan Islam terhadap JAHEAIK. Maka, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi masyarakat bukan Islam terhadap peranan JAHEAIK secara jelas. Sebanyak 384 set soal selidik telah diedarkan kepada responden meliputi tiga kawasan utama iaitu bandar, luar bandar dan pinggir bandar di negeri Kelantan. Sampel dipilih dengan menggunakan pensampelan mudah. Kemudian, data daripada kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS 28.0. Hasil kajian mendapati persepsi responden terhadap fungsi JAHEAIK adalah sederhana dengan nilai min purata 3.14. Penglibatan masyarakat bukan Islam bersama program anjuran JAHEAIK adalah rendah.
Affiliation:
- Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA, Malaysia
- Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 20 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|