View Article |
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Pembentukan Individu Muslim di Malaysia
Nur Aisya Asyikin Mohd Zurita1, Engku Ahmad Zaki Engku Alwi2.
Akidah dan akhlak merupakan dua komponen penting yang menjamin pembentukan seseorang Muslim untuk membina peribadi unggul. Akidah yang benar juga akan menatijahkan akhlak terpuji jika mengikut acuan Islam yang sebenar. Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang dihadapi oleh masyarakat seperti keruntuhan akhlak, jenayah, rasuah dan lain-lain. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan hubungan akidah menurut Islam serta menjelaskan kesannya terhadap pembentukan individu, masyarakat dan negara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan metode kajian menggunakan analisis kandungan dan analisis dokumen dengan membuat penelitian kajian lepas terhadap isu-isu yang berkaitan akidah dan akhlak. Hasil kajian mendapati hubungan akidah dan akhlak adalah signifikan dan ia menyumbang impak terhadap individu Muslim dalam membahaskan pembentukan sifat-sifat mahmudah dan mazmumah.
Affiliation:
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 37 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|