View Article |
Kefahaman Perwalian Nikah dalam Kalangan Masyarakat di Daerah Kota Bharu, Kelantan
Suhaida Zakaria1, Che Maryam Ahmad2.
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kefahaman perwalian nikah dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini adalah kajian kuantitatif iaitu menggunakan kaedah kajian tinjauan. Satu set soal selidik yang mengandungi 19 item telah diedarkan kepada 384 responden di daerah Kota Bharu, Kelantan. Data-data yang diperolehi daripada responden dianalisis dengan menggunakan program Stastic Package for Social Sciences (SPSS) versi 27. Analisis kajian menunjukkan nilai Alpha Cronbrach kajian ini ialah (a=0.94). Dapatan kajian ini menunjukkan secara majoriti responden mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap perwalian nikah dengan nilai min keseluruhan iaitu 4.21. Hal ini menunjukkan tahap kefahaman perwalian nikah dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Bharu, Kelantan berada di tahap yang tinggi dan sangat memuaskan.
Affiliation:
- Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor,MALAYSIA, Malaysia
- Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor,MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 30 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|