View Article |
Analisis Keperluan Modul Istitabah bagi Pemulihan Akidah Penganut Syiah di Malaysia
Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah1, Muhammad Yosef Niteh2, Muhammad Fakhrur Razi Shahabudin3, Syamim Zakwan Rosman4, Aminudin Basir @ Ahmad5, Daud Lin6.
Isu Syiah bukanlah perkara baru yang menyerang akidah dan pegangan masyarakat di Malaysia, tetapi ianya telah mendarah daging dalam lingkungan rakyat di Negara ini. Malah dalam kajian lapangan terdahulu pengkaji mendapati sebuah institut perguruan terdedah dengan segelintir pelajar yang berpegangan dengan doktrin Syiah. Oleh itu, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis keperluan modul Istitabah bagi pemulihan akidah penganut Syiah di Malaysia. Dengan menggunakan metode kualitatif dan kaedah systematic literature review pengkaji mendapati terdapat 9 kajian lepas berkenaan dengan tema Syiah dan 5 kajian berkaitan tema istitabah. Kesimpulannya, pembinaan modul istitabah ialah satu keperluan bagi membantu pihak pusat pemulihan akidah atau jabatan agama Islam bagi memulihkan kembali akidah penganut-penganut Syiah yang sudah bertaubat.
Affiliation:
- Pusat Pengajian Teras, Universiti Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA, Malaysia
- Pusat Pengajian Teras, Universiti Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA, Malaysia
- Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA, Malaysia
- Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA, Malaysia
- Pusat Pengajian Citra Universiti & Felo Kanan Bersekutu Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
- NADI, Majlis Agama Islam Selangor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 30 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|