View Article |
Elemen dalam Buku Cerita Binatang sebagai Sumber Pemerolehan Bahasa Murid Lembam
Siti Noridayu Abd. Nasir1, Hazlina Abdul Halim2.
Hasil penulisan karya sastera kanak-kanak dalam bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa murid lembam di Malaysia. Malahan, penghasilan buku cerita kanak-kanak memerlukan elemen penting yang boleh menarik perhatian serta minat kanak-kanak untuk membaca. Walau bagaimanapun, murid lembam yang mengalami masalah pembelajaran memerlukan buku yang sesuai bagi membantu mereka mempelajari bahasa pertama dalam komunikasi serta menjalani pembelajaran akademik. Oleh yang demikian, buku cerita binatang dapat memberikan maklumat bertulis serta visual bagi mengenali haiwan yang menjadi watak dalam cerita yang dipilih sebagai item kajian ini. Oleh yang demikian, kajian ini akan memfokuskan kepada dua buah buku cerita binatang kanak-kanak dengan mengenal pasti elemen yang dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam. Kemudian, elemen yang menjadi tarikan kanak-kanak lembam tersebut dianalisis keberkesanannya terhadap cara pembelajaran kanak-kanak lembam. Kajian ini dijalankan di negeri Perlis yang melibatkan seorang murid lembam lelaki yang telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah. Kanak-kanak lelaki tersebut berusia 10 tahun yang kini ditempatkan di kelas pemulihan bagi pelajar berkeperluan khas. Hasil dapatan kajian memperlihatkan penggunaan buku cerita binatang dapat membantu murid lembam mempelajari bahasa pertama dengan pendekatan yang menarik. Malah, nilai murni yang diterapkan dalam buku cerita dapat mendidik tentang sikap baik kepada responden. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat membantu murid berkeperluan khas menguasai bahasa Melayu melalui pembacaan buku cerita kanak-kanak yang menarik.
Affiliation:
- Faculty of Modern Language and Communication, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Faculty of Modern Language and Communication, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 32 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|