View Article |
Sorotan Literatur Kepentingan Disiplin Ilmu Sintaksis Bahasa Arab dalam pentafsiran al-Quran
Abdul Wahid Salleh1, Zawawi Yusoff2, Wan Ismail Wan Abdullah3, Noorsafuan Che Noh4.
Penyelewengan pentafsiran al-Quran dewasa ini dilakukan oleh golongan tertentu dengan menggunakan akal semata-mata tanpa merujuk kepada disiplin ilmu tafsir. Perkara ini secara umumnya disebabkan oleh kegagalan umat Islam memahami dan menguasai disiplin bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran. Implikasinya, pemahaman sebenar agama Islam boleh disalahertikan apabila makna al-Quran difahami dengan cara yang salah. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sorotan literatur Analisis Sintaksis (al-tahlil al-nahwi) disiplin ilmu al-Quran dengan tafsir. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pengumpulan data dilakukan melalui kajian kepustakaan. Data yang diperoleh diproses dengan menggunakan metode deduktif melalui pendekatan komparatif, metode pensejarahan dan metode Analisis Sintaksis. Dapatan kajian ini merumuskan Kajian ini juga mendapati masyarakat Islam terutamanya pakar tafsir perlu memahami peranan bahasa Arab dan kehendak sebenar aplikasi Analisis Sintaksis dalam membuat sesuatu pentafsiran ayat al-Quran. Kajian ini boleh diterapkan dalam pembelajaran disiplin ilmu tafsir al-Quran di peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan.
Affiliation:
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 30 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|