View Article |
Pembinaan kamus bergambar bagi konsep bentuk dan saiz dalam Pendidikan Matematik Awal Kanak-Kanak 4 Tahun
Nur Sabrina Mohd Hanizam1, Romarzila Omar2, Rosliza Ramli3.
Kajian ini bertujuan untuk melihat keperluan dan keberkesanan penggunaan kamus bergambar bagi konsep bentuk dan saiz dalam Pendidikan Matematik terhadap pembelajaran kanak-kanak di TASKA. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis keperluan pembelajaran konsep bentuk dan saiz, mereka bentuk dan membangunkan satu kamus bergambar Pendidikan Matematik Awal bagi konsep bentuk dan saiz serta menilai kebolehgunaan kamus bergambar bagi konsep bentuk dan saiz dalam Pendidikan Matematik Awal. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah design and development research (DDR) dalam membina sebuah kamus bergambar bagi pembelajaran konsep bentuk dan saiz. Sampel kajian bagi fasa satu adalah seramai 100 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa, guru TASKA dan pelajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) bagi instrumen soal selidik manakala pada fasa dua dan tiga pula merupakan seorang guru TASKA dan seorang pakar dalam bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) untuk ditemu bual. Dapatan daripada kajian ini mendapati penggunaan kamus bergambar bagi konsep bentuk dan saiz masih relevan untuk digunakan oleh pendidik mahupun penjaga dalam memberikan pembelajaran sebagai bahan bantu mengajar (BBM) kepada kanakkanak. Kamus bergambar yang dihasilkan perlulah bersesuaian dengan umur kanak-kanak dan mampu memberi kefahaman yang baik kepada mereka. Pengunaan kamus bergambar ini juga perlu mendapat bimbingan daripada pendidik atau penjaga supaya tidak berlaku kekeliruan antara kanak-kanak. Oleh yang demikian, guru dan ibu bapa memainkan peranan yang penting dengan menggunakan BBM yang berkesan dan bermakna dalam pembelajaran kanak-kanak agar mereka memperoleh pengetahuan tersebut tanpa sebarang kesangsian atau kekeliruan.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Taska Iman Pintar, Subang Bestari, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 35 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|