Teori Simbol Kesucian: Analisis Budaya Etnik Sarawak
Mohamad Maulana Magiman1.
Ritual masih lagi menjadi amalan etnik-etnik asli di Sarawak. Ritual yang diwarisi secara turun-temurun oleh etnik Sarawak ini kini diamalkan melalui bentuk seni persembahan sewaktu melakukan pelbagai upacara yang menjurus kepada keesaan tuhan. Persembahan ritual itu kebiasaannya menjurus untuk memohon keberkatan dan kesejahteraan agar komuniti yang mendiami sesebuah Kawasan itu terhindar daripada pelbagai kecelakaan. Namun amalan ritual ini mengalami perubahan selaras dengan gaya hidup sesebuah etnik di samping pengaruh faktor-faktor seperti kepercayaan hidup beragama, pembangunan dan polisi kerajaan. Makalah ini akan membincangkan fungsi simbol kesucian yang menjadi akar perlaksanaan ritual dalam budaya etnik-etnik Sarawak. Namun demikian persembahan ritual yang dilaksanakan itu masih mengekalkan kepada sumber reportoir dan barangan dalam setiap persembahan ritual. Kaedah pemerhatian melalui beberapa siri temu bual bersama pengamal budaya, rakaman video persembahan dan gambar foto digunakan bagi mendapatkan data. Akar wujudnya persembahan ritual yang diungkap dalam setiap etnik-etnik di Sarawak adalah berdasarkan faktor kesucian bagi memastikan ritual yang dilaksanakan dapat diterima oleh tuhan dan sebagai pembalasannya kesejahteraan setiap komuniti tersebut terpelihara. Pendokumentasian ini sangat penting bagi memastikan keunikan ritual yang dilaksanakan oleh setiap etnik-etnik di Sarawak terus terpelihara dan disimpan sebagai khazanah budaya.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, 97008 Bintulu, Sarawak, Malaysia., Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 29 time(s))