Jati Diri dan Cabaran Kehidupan Masyarakat Melayu Muslim di Perth Australia
Mohamed Sabir Jamaludin1, Fakhrul Adabi Abdul Kadir2, Ahmad Nasir Mohd Yusoff3, Rosli Mokhtar4.
Orang Melayu telah lama berhijrah ke seluruh dunia. Banyak faktor yang menyebabkan masyarakat Melayu berhijrah ke negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam. Masyarakat Melayu Islam terus mengukuhkan jati diri umat Islam di mana sahaja mereka berada. Menjadi komuniti Muslim minoriti di negara majoriti bukan Islam adalah cabaran besar yang perlu dihadapi. Terdapat pelbagai isu, antaranya yang utama ialah memperkukuh jati diri umat Islam, amalan agama, pendidikan keluarga dan salah faham tentang Islam. Objektif kajian adalah untuk membincangkan bagaimana masyarakat Melayu Islam yang berhijrah dan menetap di Perth, Australia menangani isu-isu tersebut. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif dan instrumen temu bual, pemerhatian dan rujukan dokumentasi. Dapatan ini memberi penjelasan tentang pendekatan yang digunakan oleh Komuniti Melayu Islam Perth, Australia untuk mengatasi cabaran tersebut. Kesimpulan kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat Melayu Islam minoriti di Perth, Australia dan negara-negara lain serta dapat membantu mengukuhkan jati diri umat Islam dan menghadapi cabaran besar kehidupan sebagai masyarakat minoriti Islam di luar negara.
Affiliation:
- Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
- Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang,Selangor, Malaysia, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43000 Kajang, Selangor, Malaysia., Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 30 time(s))