Kajian Meta-Analisis: Penerapan Elemen Membina Hubungan di Malaysia
Mohamad Nurizwan Jumiran1, Rohaidah Masri2, Mazlini Adnan3.
Elemen membina hubungan ini adalah satu elemen yang boleh diterapkan kepada murid yang mampu menyumbang kepada peningkatan pencapaian dan motivasi murid dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di bilik darjah. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis secara kritikal dan sintesis trend pendidikan dan kaedah yang digunakan dalam kajian untuk menerapkan elemen membina hubungan dalam sistem pendidikan dalam konteks di Malaysia. Kajian ini telah menganalisis 8 artikel yang berkaitan yang dipilih secara rawak yang dilaksanakan oleh pengkaji di Malaysia terhadap penerapan elemen membina hubungan dari tahun 2016-2021. Hasil penemuan ini telah menunjukkan bahawa penyelidik lepas lebih cenderung memilih pendekatan penyelidikan kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan dalam kajian yang dijalankan. Sampel yang digunakan pula melibatkan pelajar di sekolah menengah dan di institusi pengajian tinggi. Berdasarkan 8 artikel yang telah dipilih, didapati bahawa terdapat dua kajian yang berkaitan dengan keberkesanan penerapan elemen membina hubungan dalam proses pengajaran dan juga kajian berkaitan hubungan yang signifikan di antara penerapan elemen membina hubungan dengan pemboleh ubah lain seperti sikap, penglibatan ibu bapa dan sokongan rakan sebaya, faktor Control and Relevance of Schoolwork dengan Future Goals and Aspirations, perkembangan pelajar dengan objektif Personal Best, tingkah laku mencari maklumat serta pencapaian matematik sebanyak lima kajian. Secara keseluruhannya kajian yang telah dilaksanakan oleh penyelidik di Malaysia ini membuktikan bahawa elemen membina hubungan ini sesuai untuk diterapkan dan akan memberikan impak yang baik terhadap motivasi dan pencapaian pelajar dalam proses PdPc di bilik darjah.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 30 time(s))