Penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Menengah Rendah: Kajian Rintis
Azhar Md. Sabil1, Shamsuddin Othman2, Abu Bakar Razali3, Rosmaria Omar4.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 bagi memenuhi dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah setanding dengan standard antarabangsa. KSSM dibina berasaskan enam tunjang iaitu (i) komunikasi, (ii) kerohanian, sikap dan nilai, (iii) kemanusiaan, (iv) keterampilan diri, (v) perkembangan fizikal dan estetika, dan (vi) sains dan teknologi. Enam tunjang ini merupakan domain utama yang disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif bertujuan untuk membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif. Ia merupakan satu pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai yang turut memasukkan elemen Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) secara eksplisit (KPM, 2016). Penyepaduan ini penting untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang,Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang,Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang,Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang,Selangor, Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 40 time(s))