Kemahiran menggunting dalam kalangan murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dengan menggunakan Focus Cutter
Afid Ainzat Suhaimi1.
Focus Cutter merupakan alat intervensi yang direka khas untuk murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Focus Cutter ialah gunting yang direka khas dengan lampu isyarat dan kanta pembesar. Alat ini direka untuk kumpulan murid yang sukar memegang gunting dan menggunting dengan kemas. Kemahiran memegang dan kekemasan mengunting merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid kerana melibatkan kemahiran motor halus. Oleh itu, guru perlu kreatif dalam mengubah suai alat dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid. Segala bukti awal dikumpul melalui pemerhatian dan analisis dokumen. Melalui dapatan didapati penggunaan Focus Cutter dapat meningkatkan kemahiran memegang dan tahap kekemasan menggunting. Dengan bantuan kanta pembesar dan lampu isyarat murid dapat mengunakan gunting dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Ini menunjukkan Focus Cutter berupaya membantu meningkatkan kemahiran memegang dan kekemasan menggunting semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan di bilik darjah. Murid lebih seronok dan bertambah yakin. Sebagai cadangan seterusnya Focus Cutter ini boleh digunakan untuk kanak-kanak normal dan murid prasekolah yang belum menguasai kemahiran menggunting.
Affiliation:
- Sekolah Kebangsaan Bukit Serok, Pahang, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 26 time(s))