Bioact E-Module Liveworksheet: pengukuhan santai norma baharu
Rosmah Yahya1, Azlyawaty Harun2, Nor Azilawani Jaafar3, Nor Maizura Harun4, Normasnizam Mohd Noor5.
Bio Active Learning (BioAct) e-module Liveworksheet dihasilkan sebagai satu kaedah PdPc dalam memperkasakan pelajar dalam dunia digital. BioAct e-module Liveworksheet ini diharapkan dapat membantu mengukuhkan kefahaman pelajar melibatkan topik dalam silibus Biologi Matrikulasi. Kumpulan sasaran utama kajian ialah pelajar Biologi Kolej Matrikulasi Kelantan. Strategi BioAct e-module Liveworksheet adalah membolehkan pelajar belajar secara santai, tanpa mengira tempat dan masa dengan menggunakan telefon pintar, tablet atau komputer riba tanpa perlu membawa buku modul yang tebal. Melalui BioAct e-module Liveworksheet, para pelajar diminta melengkapkan modul pembelajaran secara digital melalui aplikasi Liveworksheet. Analisis dapatan keberkesanan kaedah ini dibuat secara kuantitatif iaitu berdasarkan peratusan gred ujian pra dan ujian pos pelajar yang telah menggunakan BioAct e-module Liveworksheet. Analisis kualitatif pula dibuat berdasarkan maklum balas keberkesanan penggunaan e-module melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar. Dapatan soal selidik menunjukkan hampir semua item yang disoal memperolehi peratusan melebihi 80% dan keatas. Dapatan ujian menunjukkan peningkatan gred pelajar setelah menggunakan BioAct e-module Liveworksheet. Justeru itu BioAct e-module Liveworksheet diharap boleh menjadi platform terbaik dalam membantu mengukuhkan kefahaman pelajar dan pada masa yang sama berjaya menghasilkan pensyarah yang mahir dalam menyediakan PdPc secara kreatif dengan aplikasi digital.
Affiliation:
- Kolej Matrikulasi Kelantan, Malaysia
- Kolej Matrikulasi Kelantan, Malaysia
- Kolej Matrikulasi Kelantan, Malaysia
- Kolej Matrikulasi Kelantan, Malaysia
- Kolej Matrikulasi Kelantan, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 24 time(s))