Penggunaan Aplikasi TikTok sebagai satu elemen didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Sains tingkatan 3 untuk meningkatkan minat dan prestasi murid bagi tajuk sistem respirasi
Rosdila Azwana Abdullah1.
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang peningkatan minat dan prestasi murid dengan menggunakan Aplikasi TikTok sebagai satu elemen didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tingkatan 3 di SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin. Kajian ini untuk mengkaji kesesuaian penggunaan TikTok yang dalam pengajaran Sains Tingkatan 3, bagi tajuk Sistem Respirasi. Seramai lima puluh enam (56) orang sampel yang terdiri daripada murid kelas 3A3 dan 3A4 telah dipilih untuk kajian ini. Kajian ini dijalankan selama 3 minggu, iaitu secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik serta ujian pra dan pasca. Dalam tempoh tersebut, murid menjalani Pembelajaran dan Pemudahcaraan di sekolah (PdPC) bersama guru dengan selingan penggunaan Aplikasi TikTok ketika proses pengajaran guru. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi TikTok merupakan satu kaedah yang sesuai digunakan dalam pengajaran Sains Tingkatan 3 di SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin. Penggunaan aplikasi TikTok dapat meningkatkan minat dan prestasi murid 3A3 dan 3A4 bagi tajuk Sistem Respirasi.
Affiliation:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Dato’ Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Perak, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 30 time(s))