Kepentingan pembangunan bakat dalam kepimpinan dan pengurusan
Masitah Mohammad Yusof1.
Pembangunan bakat adalah kaedah terbaik untuk membangunkan sumber manusia yang cekap, berkesan, berkualiti dan berkebolehan bagi melahirkan pemimpin masa hadapan. Pembangunan bakat memberi tumpuan kepada kompetensi, potensi dan kualiti yang diperlukan oleh setiap institusi atau organisasi. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kepentingan pembangunan bakat dan kriteria kompetensi dalam pembangunan bakat seseorang pemimpin. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Kajian menunjukkan bahawa terdapat lima kriteria kompetensi untuk pembangunan dan pengembangan bakat iaitu “kepimpinan”, “tindakan”, “pemikiran”, “jaringan” dan “nilai”. Kompetensi “kepimpinan” adalah keupayaan untuk memimpin orang lain dengan keyakinan dan kematangan, merangkumi perubahan dan mewujudkan peluang untuk berubah. Kompetensi “tindakan” adalah keupayaan seseorang untuk membuat keputusan yang cekap, cepat dan mengambil tindakan untuk kepentingan organisasi dan masyarakat. Kompetensi “pemikiran” pula adalah keupayaan pemimpin untuk memperoleh maklumat atau idea terbaharu di dalam dan luar negara dan mengaplikasikan pandangan jauh idea tersebut ke hadapan. Kompetensi “jaringan” atau jalinan adalah keupayaan untuk memahami persekitaran luaran dan sensitiviti politik, bagi membina rangkaian strategik. Kompetensi “nilai” adalah merujuk kepada nilai-nilai pekerja seperti amanah, hormat, kejujuran, tanggungjawab dan integriti. Kelima-lima kompetensi ini dapat dijadikan sebagai kriteria utama dalam memilih pemimpin yang cekap dan berkualiti di sesebuah organisasi.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))