Pengaruh ihsan kendiri dan daya tahan terhadap kesejahteraan psikologi Guru Bimbingan dan Kaunseling
Nur Jannah B.M1.
Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) berperanan mendukung hasrat melahirkan murid yang berketerampilan serta seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek. Namun begitu, GBK berhadapan dengan pelbagai cabaran yang mengakibatkan tekanan, burnout dan hilang ihsan kendiri seterusnya menyebabkan kesejahteraan psikologi GBK terjejas. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap ihsan kendiri, daya tahan dan kesejahteraan psikologi GBK. Selain itu, pengaruh ihsan kendiri dan daya tahan terhadap kesejahteraan psikologi GBK turut dikaji. Dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan, seramai 330 GBK sekolah menengah yang dipilih secara pensampelan rawak berkelompok dari empat Pejabat Pendidikan Daerah di negeri Selangor menjadi responden kajian ini. Keputusan kajian mendapati tahap ihsan kendiri adalah tinggi, sementara tahap daya tahan dan kesejahteraan psikologi GBK pula adalah sederhana. Dapatan membuktikan bahawa daya tahan sebagai penyumbang terbesar iaitu 48.7%, diikuti dengan ihsan kendiri menyumbang sebanyak 1% varian masing-masing kepada kesejahteraan psikologi GBK. Implikasi kajian ini memberi gambaran bahawa daya tahan adalah elemen yang penting dan perlu diterapkan dalam latihan pendidikan bimbingan dan kaunseling. Kajian lanjutan hendaklah diberi tumpuan kepada pembinaan modul daya tahan dan mengkaji keberkesanan modul tersebut terhadap kesejahteraan psikologi GBK.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 49 time(s))