Tahap penghayatan akhlak Islam pasca pandemik dalam kalangan pelajar bidang Pendidikan Islam Di IPGK Tun Abdul Razak Kota Samarahan
Nik Zul Azhar Nik Hassan1, Musliha Ismail2.
Kertas kajian ini adalah untuk melihat tahap penghayatan akhlak Islam pasca pandemik dalam kalangan pelajar bidang Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan (IPGKTAR) berdasarkan teori penghayatan akhlak Islam oleh Imam al-Ghazali. Kajian ini melibatkan seramai 282 pelajar yang terdiri daripada pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan bidang Pendidikan Islam (PPISMP PI) Ambilan Jun 2021 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bidang Pendidikan Islam (PISMP PI) Ambilan Jun 2019, PISMP PI Ambilan Jun 2020, PISMP PI Ambilan Jun 2021 sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif berbentuk kajian tinjauan. Data-data yang diperolehi dianalisis bagi mendapatkan min setiap pembolehubah. Semua data dianalisis menggunakan SPSS versi 26. Dapatan kajian mendapati tahap penghayatan akhlak Islam pasca pandemik dalam kalangan pelajar PPISMP PI dan PISMP PI di IPGKTAR berada pada tahap sangat tinggi (min=4.67). Sebagai kesimpulannya, penghayatan akhlak Islam pasca pandemik dalam kalangan pelajar bidang Pendidikan Islam adalah sangat penting kerana ia mencerminkan keperibadian pelajar bidang Pendidikan Islam yang berakhlak mulia dalam mendepani situasi pendemik yang penuh cabaran dan ia juga sejajar dengan Falsafah Pendidikan Islam yang bermatlamat membentuk diri, mengasuh peribadi, membina kemahiran diri dan menjadi contoh tauladan dalam penghayatan cara hidup Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 27 time(s))