Budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah IPG: satu perbandingan
Anita Abu Hasan1, Ros Eliana Ahmad Zuki2, Md Daud Md Jani3, Ngau, Chai Hong4, Anthony, Santhanamary R5.
Penyelidikan adalah berkaitan dengan pengembangan, kemajuan serta inovasi dalam usaha menghasilkan pendidikan yang berkualiti serta mampu bersaing di peringkat dunia.Kepentingan melakukan penyelidikan dapat dilihat apabila kerajaan memperuntukkan RM1.3 b kepada sektor pendidikan dalam usaha memperkasakan budaya penyelidikan di peringkat IPT.Justeru itu kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti perbezaan dari aspek bilangan dan peratus budaya penyelidikan pensyarah ipg di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, zon dan ipg bagi tahun 2020 dan 2021, perbezaan budaya penyelidikan pensyarah ipg antara tahun 2020 dengan 2021 serta dominan budaya penyelidikan pensyarah ipg antara tahun 2020 dengan 2021. Responden kajian terdiri daripada 124 orang pensyarah dari pelbagai khusus di peringkat ipg. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik yang telah diedarkan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26. Statistik deskriptif dilakukan seperti bilangan dan peratus. Dapatan kajian, mendapati bilangan dan peratus budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah ipg di semua peringkat bagi tahun 2020 dengan 2021 adalah meningkat kecuali di peringkat zon dan ipg. Perbandingan bilangan dan peratus budaya penyelidikan pensyarah bagi tahun 2020 adalah tinggi berbanding tahun dengan 2021. Dapatan kajian juga menunjukkan peringkat dominan budaya penyelidikan pensyarah adalah di peringkat ipg. Implikasi kajian membawa kepada sumbangan maklumat terhadap budaya penyelidikan pensyarah IPG dalam membudayakan penyelidikan di Malaysia.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 26 time(s))