Keberkesanan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia siswa guru: satu analisis
Mohd, A.Z1, Siti, M.I2, Ibrahim, F.A3, Mahani, S4.
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) diperkenalkan dalam pendidikan tinggi adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan terhadap sejarah kepelbagaian tamadun sehingga kini yang memberi impak kepada jati diri yang utuh. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan pembelajaran dan pengajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) oleh para siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan 88 orang siswa guru. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan nilai min. Soal selidik digunakan untuk mengkaji empat aspek keberkesanan pembelajaran dan pengajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia iaitu pengajaran pensyarah, strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah, penilaian kandungan dan penilaian kursus. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keempat-empat aspek yang dikaji, nilai min berada pada tahap tinggi iaitu pengajaran pensyarah (4.53), strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah (4.57), penilaian kandungan (4.45) dan penilaian kursus (4.43). Implikasi kajian ini ialah kepelbagaian penggunaan kaedah pengajaran dituntut bagi meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran kursus dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 19 time(s))