Wahai guru baharu: signifikankah sumbangan kepercayaan terhadap variasi amalan pengajaran dan sikap?
Noziati Borhan1, Farah Mukhtar @ Mohd Yunos2, Zairinah Mohd Shukur3, Erana Abd Seman4, Mayati Bulin5.
Guru permulaan atau guru baharu perlu menguasai beberapa aspek kemahiran dan sikap demi memenuhi agenda kerajaan yang pelbagai selari dengan pedagogi abad ke 21. Pengalaman yang telah dilalui oleh golongan guru ini memberikan kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Justeru itu, kajian yang dilaksanakan ini adalah bagi mengenal pasti sejauhmana sumbangan kepercayaan guru baharu terhadap variasi amalan pengajaran dan sikap. Seramai 263 responden telah dipilih bagi terlibat dalam kajian ini melalui pensampelan secara rawak berstrata dari seluruh Malaysia. Satu set soal selidik yang mengandungi 91 item berskala Likert lima mata digunakan sebagai instrumen bagi fasa pemerolehan data. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis komponen prinsipal melalui perisian IBM SPSS Statistics 21. Manakala AMOS versi 21 digunakan bagi model persamaan struktural, analisis laluan dan analisis faktor kesahan (CFA) bagi menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p<.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa attribute kepercayaan tidak sepenuhnya menyumbang terhadap amalan pengajaran dan sikap guru. Latihan pembangunan professional guru, penambahbaikan aspek pedagogi dan aktiviti serta kemahiran menjadi petunjuk kepada sumbangan yang besar terhadap amalan pengajaran dan sikap guru terutama di era pendidikan kini.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 23 time(s))