Tahap pengetahuan dan kemahiran guru pelatih mengaplikasikan digital tools sebagai alat pentaksiran formatif
Mior Ahmad Termizi Mior Idris1, Tan, Ai Lee2, Fatimah Ibrahim3, Norlia Mat Esa4, Saidatul Nadiah Shamsuddin5.
Guru harus memiliki pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan pentaksiran formatif dengan jayanya di bilik darjah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan guru pelatih dalam melaksanakan pentaksiran formatif dan kemahiran mereka dalam mengaplikasikan digital tools untuk pentaksiran formatif semasa menjalani praktikum Fasa 1. Seramai 159 orang guru pelatih telah menjadi responden kajian. Satu soal selildik sebanyak 20 item telah diubah suai untuk tujuan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memiliki tahap pengetahuan tinggi (min=4.33) dalam melaksanakan pentaksiran formatif dan kemahiran tinggi (min= 4.04) dalam mengaplikasikan digital tools untuk pentaksiran formatif di bilik darjah. Terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis sekolah terhadap kemahiran guru pelatih dalam mengaplikasikan digital tools untuk pentaksiran formatif. Manakala tiada perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap pengetahuan dalam melaksanakan pentaksiran formatif dan juga kemahiran mengaplikasikan digital tools untuk pentaksiran formatif. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru telah bersedia untuk melaksanakan pentaksiran formatif di bilik darjah dengan menggunakan pelbagai digital tools yang sesuai sewaktu menjalani praktikum secara dalam talian. Walau bagaimanapun kemahiran guru pelatih dalam mengaplikasikan digital tools untuk pentaksiran formatif juga bergantung kepada jenis sekolah yang mereka ditempatkan.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 27 time(s))