(OSHMPQ) bagi institut pendidikan awam: model analisis Rasch
Muhamad Affandi Ismail1, Fahirah Shaliza Mokhtar2, Azlinzuraini Ahmad3.
Kajian ini berkenaan proses metodologi merekabentuk dan menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen OSHMPQ dalam penyelidikan amalan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di institusi pendidikan awam menggunakan model analisis Rasch. Rekabentuk konstruk dan item OSHMPQ berdasarkan petunjuk proaktif yang menilai elemen amalan pengurusan KKP berdasarkan iklim keselamatan fizikal psikososial. 5 komponen analisis Rasch digunakan untuk menilai kefungsian item menggunakan aplikasi MINISTEP. Kajian ini dilaksanakan di 3 buah IPG Kampus seramai 51 orang pensyarah akademik sebagai responden. Indeks kebolehpercayaan individu dan item menunjukkan OSHMPQ boleh diterima dan sesuai untuk menilai amalan pengurusan KKP di institusi pendidikan awam. Analisis polarity item menunjukkan instrumen yang digunakan berfungsi dalam arah selari. Didapati 3 item sangat mengelirukan dan 6 item adalah sangat mudah. Analisis unidimensi menunjukkan bahawa varians mentah yang dijelaskan oleh ukuran adalah 39.7%, menunjukkan bahawa item dalam soal selidik adalah satu dimensi. Terdapat 2 item yang gagal memenuhi julat penerimaan outfit MNSQ, outfit Z-std dan PT-Measure CORR akan digugurkan. Kajian ini membuktikan cadangan menggabungkan amalan pengurusan keselamatan terhadap 2 jenis risiko pekerjaan iaitu keselamatan fisiologi dan kesihatan psikososial. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini adalah penting untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen OSHMPQ untuk digunakan dalam penyelidikan seterusnya.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Terengganu,, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu,, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu,, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 33 time(s))