View Article |
Pembentukan Struktur Plot Filem Muzikal Magika 2010 Melalui Ciri Dan Fungsi Lagu Dalam Elemen Naratif Todorov
Faezahnor Saddi1, Zairul Anwar Dawam2, Fazmi Hisham3.
Genre filem muzikal merupakan bentuk filem hiburan yang dipandu dalam bentuk nyanyian dan diiringi oleh muzik diagetik dan non diagetik yang membentuk struktur plot sesebuah cerita. Setiap lagu yang dinyanyikan berfungsi dalam menggerakkan plot cerita agar ia mudah difahami dan diterima oleh audiens yang menonton. Namun, kesukaran dalam mendalami dan memahami terhadap susunan muzikal pada que plot naratif akan menyebabkan naratif plot tidak menarik dan membosankan. Oleh yang demikian, untuk memahami pembentukan struktur plot melalui ciri dan fungsi lagu, pengkaji telah mengaplikasikan elemen naratif Todorov kepada 2 buah lagu dari filem muzikal Magika (2010) sebagai analisis kajian kes. Pemilihan filem Magika adalah berdasarkan pencapaian filem yang telah merangkul anugerah sebagai filem terbaik dan skor muzik asal terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke23. Metod kajian dijalankan melalui temubual secara berperingkat dengan menemubual beberapa pengarah filem dan composer, catatan dan pemerhatian karya filem Magika (2010). Kemudian kajian analisis juga dilakukan dengan menggunakan teori Conceptual Integration Networks dalam mengkaji makna lirik. Hasil kepada pembaharuan kajian, pengkaji mendapati pembentukan naratif plot filem muzikal Magika adalah disebabkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kesemua watak-watak yang terbina daripada elemen lagu dan struktur plot melalui teori naratif Todorov. Hasil daripada kajian ini juga, turut memberikan implikasi kepada penggiat filem, golongan pendidik, dan pelajar dalam memahami kepentingan fungsi lagu dalam genre filem muzikal.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 18 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|