Kajian keberkesanan Padlet sebagai alat pembelajaran utama untuk e-pembelajaran murid tingkatan satu bagi mata pelajaran Bahasa Jepun
Loghapriya Sivasamy1.
Antara pelbagai alat pembelajaran dalam talian, Padlet merupakan satu aplikasi yang memudahkan guru untuk mewujudkan ruang interaksi dengan murid-murid, di mana murid-murid boleh mengakses bahan pembelajaran mereka secara dalam talian pada mana-mana tempat dan masa. Kajian ini berfokus kepada penggunaan Padlet sebagai alat pembelajaran utama untuk e-pembelajaran murid tingkatan satu bagi mata pelajaran Bahasa Jepun di dua buah sekolah di negeri Kedah dan Selangor serta kekangan e-pembelajaran dan cadangan untuk mengatasi kekangan tersebut. Instrumen kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan soal selidik telah digunakan dalam pelaksanaan kajian ini. Hasil dapatan kajian daripada keputusan soal selidik yang dilaksanakan terhadap 21 orang responden, didapati bahawa 85.7% pelajar telah tertarik dengan penggunaan Padlet sebagai alat pembelajaran utama dalam e-pembelajaran. Antara kekangan yang dihadapi oleh pelajar adalah masalah internet serta ketidakpunyaan gadget sendiri di rumah. Justeru itu, pihak sekolah haruslah berusaha dengan pihak kerajaan dan bukan kerajaan untuk memastikan pelajar mempunyai akses kepada kemudahan internet dan gadget. Hal ini penting bagi memastikan pengintegrasian teknologi dalam bidang pendidikan di mana ia menjadi tonggak pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 (PAK21).
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 24 time(s))