Kajian tinjauan: kesedaran Program Pendidikan Inklusif dalam kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas
Tony, Wiena Francisca1, Mohd Zain Berahim2.
Program Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan sebuah program pendidikan untuk murid berkeperluan khas. Program ini memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk belajar bersama-sama dengan murid aliran perdana dalam kelas yang sama. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, sepertinya siswa guru masih tidak begitu mengetahui pelaksanaan dan dasar Program Pendidikan Inklusif di sekolah. Kesedaran akan program ini penting bagi memastikan pelaksanaan yang berjaya. Oleh yang demikian, kajian ini telah dijalankan bagi mengukur tahap kesedaran Program Pendidikan Inklusif dalam kalangan siswa guru IPGKIK. Sampel yang diambil terdiri daripada kalangan siswa guru PISMP ambilan Jun 2018 semester Lapan seramai 41 orang. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa Kesedaran Pendidikan Inklusif dalam kalangan Siswa Guru Semester Lapan IPGKIK berada pada tahap sederhana tinggi (Min= 3.53). Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Semua data yang dikutip adalah melalui soal selidik yang disediakan. Seterusnya, bagi proses penganalisisan data pula menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26. Kesimpulannya, kajian ini akan banyak membantu ramai pihak untuk mengukur sejauh mana kesedaran siswa guru akan Program Pendidikan Inklusif ini dan program-program yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan lagi kesedaran siswa guru akan PPI.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 28 time(s))