Perbandingan Pendidikan STEM dan STEAM di sekolah
Siti Badariah Jemain1, Nurhafizah Yaakob2, Khoo, Bee Lee3.
Pendidikan STEAM menggabungkan disiplin sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik untuk membangunkan kemampuan pelajar dalam menangani cabaran abad ke-21. STEAM lebih relevan untuk murid seawal prasekolah kerana penekanan terhadap kemahiran inovasi, analisis, strategik dan kritikal bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi yang berlandaskan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0). Pendekatan ini bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan STEM sedia ada dengan amalan seni dan elemen reka bentuk. Murid bebas untuk meningkatkan kemahiran berfikir kritis mereka dan mengenali persilangan sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik. Selain itu, murid juga disediakan alat dan kaedah untuk meneroka cara penyelesaian yang baru dan kreatif, memaparkan data, membuat inovasi, dan menghubungkan pelbagai bidang. Antara strategi yang boleh dilakukan adalah pembelajaran yang berasaskan projek, pembelajaran berasaskan dunia sebenar yang dibantu oleh guru, memberi pendedahan tentang teknologi masa kini dan lebih banyak peluang belajar di peringkat tinggi. Dalam kajian ini akan dibahas berkenaan kelebihan pelaksanaan STEAM dalam pembelajaran di sekolah. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah Tinjauan Sistematik iaitu menganalisis kajian-kajian terkini terhadap pendidikan STEAM di sekolah. Kesimpulan kajian menunjukkan kepentingan STEAM dilaksanakan di sekolah sebagai satu usaha dalam meningkatkan minat murid terhadap pendidikan yang mengintegrasikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik serta lebih holistik.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 24 time(s))