View Article |
Aliran lapisan sempadan magnetohidrodinamik dalam karbon nanotiub merentasi plat bergerak dengan kesan gelinciran dan radiasi terma
Izamarlina Asshaari1.
Lapisan sempadan momentum dan terma yang diransang oleh aliran magnetohidrodinamik (MHD) pada permukaan plat bergerak dalam karbon nanotiub dinding tunggal dan multidinding (SWCNT dan MWCNT) dengan kesan gelinciran dan radiasi terma dikaji. Model matematik nanobendalir yang melibatkan persamaan pembezaan separa menakluk diterbitkan. Kemudian, model matematik ini dijelmakan kepada persamaan pembezaan biasa peringkat tinggi melalui kaedah penjelmaan keserupaan yang yang kemudiannya diselesaikan secara berangka dengan menggunakan kaedah atur cara boundary value problem with fourth-order accuracy (bvp4c) dalam perisian MATLAB. Pengaruh parameter-parameter yang berkaitan seperti pecahan isipadu nanozarah, kesan medan meagnet, kesan gelinciran dan radiasi terma pada pemindahan haba dianalisis dan dibincangkan. Didapati penyelesaian dual wujud dalam aliran menentang. Kajian juga mendapati fluks haba pada permukaan plat meningkat dengan peningkatan kesan gelinciran. Kadar pemindahan haba pada permukaan plat dalam SWCNT-air lebih tinggi berbanding MWCNT-air
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 26 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|