Penyelenggaraan bangunan dalam pengurusan fasiliti: elemen mempengaruhi Kualiti Amalan Penyelenggaraan Bangunan
Nur ‘Afiqah Jaini1, Wan Zahari Wan Yusoff2, Mohd Hafizal Ishak3, Muhammad Azwan Sulaiman4.
Amalan penyelenggaraan bangunan adalah komponen utama yang dapat menentukan prestasi dan kualiti sebuah organisasi atau bangunan. Namun begitu, tanpa pemahaman dan kemahiran yang diperlukan, matlamat sebenar penyelenggaraan tidakdapat dicapai. Artikel ini menerangkan elemen yang mempengaruhi amalan penyelenggaraan bangunan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan literatur yang berkaitan dengan amalan penyelenggaraan bangunan terbaik. Dapatan kajian ini adalah tujuh elemen iaitu elemen pengurusan am, pengurusan staf, kewangan, pengurusan kontraktor, teknikal dan teknologi, bangunan dan kesedaran. Hasil data ini menunjukkan bahawa gabungjalin diantara elemen ini akan menjadikan amalan penyelenggaraan bangunan yang efisien dansistematik.
Affiliation:
- Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia
- Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia
- Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, , Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 34 time(s))