View Article |
Terapi Sifat Sombong menurut Teori Spiritual al-Ghazali dan al-Muhasibi
Nur Syazana Adam1, Syed Hadzrullathfi Syed Omar2.
Sifat sombong atau dalam Bahasa Arab, al-takbur merupakan salah satu sifat madhmumah yang menyebabkan jiwa pemiliknya sakit dan perlu disucikan daripada jiwa. Sifat sombong dapat didefinisikan sebagai suatu sifat yang menjadikan seseorang itu memperbesar-besarkan dirinya dengan sesuatu yang dimiliki dan dirasakan dirinya mempunyai kelebihan berbanding dengan insan di sekelilingnya. Oleh yang demikian, artikel ini cuba mengetengahkan perbincangan tentang terapi jiwa yang ditonjolkan oleh dua orang tokoh tasawuf silam muktabar iaitu al-Ghazali dan al-Muhasibi dalam merawat sifat sombong daripada terus menguasai jiwa seseorang individu. Justeru, kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan metode pengumpulan data dengan menjadikan karya-karya yang telah dihasilkan oleh al-Ghazali dan al-Muhasibi sebagai rujukan utama. Kesemua data yang diperolehi dianalisis menggunakan metode deskriptif bagi menghasilkan dapatan kajian. Kajian mendapati bahawa sifat sombong adalah antara faktor utama yang mendorong seseorang untuk memandang rendah terhadap potensi yang dimiliki oleh individu lain. Di samping itu, dengan memiliki sifat ini juga akan menjadikan pemiliknya cenderung untuk memiliki sifat-sifat tercela yang lain yang akan menyebabkan jiwa semakin berada dalam keadaan yang lebih kritikal. Kajian menyimpulkan bahawa sifat sombong tidak sepatutnya tertanam di dalam jiwa Muslim kerana Allah SWT amat membencinya.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kampus Gong Badak, Terengganu, Malaysia , Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kampus Gong Badak, Terengganu, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 25 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|