View Article |
Penggunaan TRAKIS (Traveller Kit for Solat) dalam Aktiviti Pelancongan dan Rekreasi
Hanirah Mohamad Nur1, Hasniza Tawyer2, Suriati Mustaffa3.
TRAKIS (Traveller Kit For Solat) merupakan kit inovasi yang dibangunkan untuk memudahkan pelajar Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL), Kolej Komuniti Kota Tinggi (KKKT) mengerjakan ibadah solat sewaktu melakukan aktiviti rekreasi disebabkan oleh fasiliti yang terhad dalam menunaikan ibadah solat. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tahap persepsi pelajar KKKT terhadap keberkesanan TRAKIS dari segi minat dalam memudahkan mereka untuk bersolat dan untuk melihat kesesuaian reka bentuk TRAKIS sewaktu pelajar melakukan aktiviti rekreasi. Kajian ini dilaksanakan secara deskriptif melalui instrumen soal selidik yang mengandungi 20 item dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) 23. Responden kajian seramai 56 orang yang terdiri daripada pelajar akhir KKKT Sesi Julai 2020 dan Julai 2021. Hasil dapatan menunjukkan nilai skor min minat dan persepsi pelajar KKKT dan reka bentuk TRAKIS masing-masing adalah 3.56 dan 3.68 iaitu pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar menyatakan produk ini dapat membantu memudahkan mereka untuk menunaikan solat sewaktu melakukan aktiviti rekreasi dan pelajar memberikan reaksi yang positif terhadap penggunaan TRAKIS. Diharapkan produk ini dapat dipanjangkan dan diguna pakai kepada semua pelajar Pengembaraan Pelancongan Kolej Komuniti Dan Politeknik Malaysia. Produk inovasi ini juga mempunyai potensi yang besar dalam pasaran sebagai pemuda cara kepada pelancong yang ingin melancong keluar negara di mana kemudahan untuk solat sangat terhad.
Affiliation:
- Kolej Komuniti Kota Tinggi, Jalan Abdulah, Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor, MALAYSIA, Malaysia
- Kolej Komuniti Kota Tinggi, Jalan Abdulah, Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor, MALAYSIA, Malaysia
- Kolej Komuniti Kota Tinggi, Jalan Abdulah, Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor, MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 24 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|