View Article |
Pengguguran Konsonan Obstruen-Homorganik dalam Bahasa Semai Hulu Selangor
Siti Aisah Zailani1, Adi Yasran Abdul Aziz2, Suhaila Zailani3.
Makalah ini membicarakan salah satu bahasa dari kelompok orang Asli Senoi, iaitu bahasa Semai. Bahasa Semai Hulu Selangor dipilih sebagai fokus kajian kerana masyarakat bahasa ini berada terpisah daripada kelompok induknya di Perak dan Pahang. Objektif makalah ini adalah untuk menjelaskan gejala pengguguran konsonan obstruen-homorganik yang berlaku dalam bahasa Semai. Proses perubahan fonologi ini melibatkan penghilangan atau pengguguran konsonan obstruen /b, d, / yang mengikuti konsonan nasal /, , / pada deretan konsonan nasal-obstruen homorganik. Seramai empat orang informan berlainan jantina yang berusia dalam lingkungan 50 tahun dan ke atas telah dipilih dalam kalangan masyarakat orang Asli Semai di Kampung Serigala dan Kampung Changkat Bintang, Hulu Selangor. Data pertuturan informan dirakam dan dianalisis dengan menerapkan Teori Fonologi Generatif untuk menjelaskan gejala pengguguran konsonan obstruen-homorganik. Kajian ini mendapati bahawa gejala nasal homorganik yang berlaku dalam bahasa Semai tidak berlaku sama seperti dalam bahasa atau dialek Melayu. Dapatan mendapati segmen bunyi obstruen letupan bersuara akan digugurkan atau mengalami fenomena penghilangan daripada deretan konsonan nasal-obstruen homorganik dalam perkataan bahasa Melayu yang dituturkan dalam bahasa Semai. Perubahan yang berlaku bukan hanya melibatkan satu perubahan konsonan seperti pengguguran konsonan obstruen bersuara /b, d, / yang mengikuti konsonan nasal /, , /, konsonan nasal /, / berubah kepada /, / di akhir kata, konsonan /k/ berubah kepada // di lingkungan akhir kata dan bunyi vokal yang menerima pengaruh dari konsonan nasal. Setiap perubahan ini melibatkan rumus pengguguran obstruen bersuara, rumus nasalisasi vokal, rumus penyahnasalan dan rumus pembentukan glotis bagi menghasilkan bentuk output yang tepat sebagaimana yang diujarkan oleh penutur bahasa Semai.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Jalan Universiti 1, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Jalan Universiti 1, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia,43600, Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 24 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|