View Article |
Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menurut Persepektif Pegawai dan Kakitangannya
Mohammad Hazwan Hussain1, Mazlan Ibrahim2, Hasnan Ramli3.
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti dan menilai pengurusan JAHEAIK dari perspektif pegawai dan kakitangannya. Hal ini kerana, kualiti pengurusan, kelengkapan fasiliti dan suasana pekerjaan merupakan elemen penting dalam memastikan kelangsungan kejayaan sesebuah institusi. Namun, masih terdapat pejabat agama jajahan menghadapi kekurangan tenaga sumber manusia dan ada juga yang terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk menyediakan kelengkapan fasiliti seperti capaian Internet. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik diedarkan kepada 30 orang responden dari kalangan pegawai dan kakitangan JAHEAIK. Kaedah kualitatif dengan pelaksanaan temu bual separa struktur bersama pegawai dan kakitangan JAHEAIK serta pejabat agama jajahan bertujuan mengukuhkan lagi dapatan yang diperoleh melalui soal selidik. Data soal selidik yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati perspektif pegawai dan kakitangan JAHEAIK terhadap pengurusan JAHEAIK berada pada tahap sederhana iaitu skor min = 3.11 dan sisihan piawai = 0.982. Justeru itu, beberapa ruang perlu diperkemas dan ditambahbaik dalam sistem pengurusan yang sedia ada seperti prasarana dan kemudahan pejabat. Program-program dan kursus-kursus berkaitan juga perlu dititikberatkan serta diperbanyakkan bagi menghasilkan sistem pengurusan Islam yang cekap dan melahirkan pegawai dan kakitangan yang kompeten dalam aspek pengurusan dan perkhidmatan Islam di Kelantan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia,43600, Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia,43600, Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu, Kelantan., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 26 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|