View Article |
Refleksi Pelajar Mengikuti Pembelajaran Berbalik Berasaskan Aplikasi Google
Norasyikin Osman1, Siti Salwa Mohd Noor2, Norhayati Che Hat3, Nurazan Mohmad Rouyan4, Khoirun Nisak Mat Saad5.
Pembelajaran dalam talian telah menjadi satu keperluan terutamanya ketika dunia dilanda pandemik. Walaupun situasi pandemik semakin pulih, namun pembelajaran dalam talian terus berkembang dan pelbagai pendekatan pembelajaran telah diterapkan. Antara pendekatan tersebut ialah pembelajaran berbalik atau flipped learning. Pendekatan pembelajaran berbalik ini memerlukan pelajar untuk meneroka kandungan pembelajaran terlebih dahulu sebelum dibincangkan di dalam kelas. Situasi ini akan menjadikan pelajar lebih bersedia dan mempunyai maklumat asas sebelum perbincangan secara terperinci dilakukan di dalam kelas. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas refleksi pelajar terhadap pembelajaran berbalik berasaskan aplikasi Google. Seramai 85 orang pelajar yang mengambil kursus Pemerolehan Bahasa Kedua telah mengikuti pembelajaran secara pendekatan berbalik berasaskan aplikasi Google. Setelah mengikuti pembelajaran kursus ini secara pendekatan berbalik berasaskan aplikasi Google selama 14 minggu, pelajar telah diminta untuk memberikan refleksi mereka. Hasil analisis maklum balas refleksi pelajar, sebanyak lima aspek utama telah dikenal pasti. Lima aspek tersebut termasuklah pengetahuan semakin meningkat, kemahiran pengendalian teknologi semakin baik, kemahiran berfikir menjadi lebih kreatif dan kritis serta aktiviti berkumpulan memberi impak yang positif. Manakala aspek terakhir menunjukkan isu capaian internet merupakan kekangan utama sesi pembelajaran. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjelaskan gambaran sebenar bahawa pembelajaran berbalik telah memberi impak positif terhadap proses pembelajaran pelajar.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus,Terengganu, MALAYSIA, Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 26 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|