View Article |
Pengaruh Permainan dalam Talian Terhadap Pelaksanaan Solat Pelajar Sekolah Menengah
Muhammad Haziq Ikhmal Huzairi1, Mohd Syukri Zainal Abidin2.
Permainan dalam talian dilihat semakin aktif mendapat tempat dalam kalangan masyarakat seluruh
dunia dan statistiknya dijangka akan terus meningkat mencecah 2.7 bilion orang pengguna. Beberapa kajian telah dijalankan melibatkan isu ini dalam pelbagai aspek. Namun, kajian yang mendiskusikan pada sudut spiritual atau kerohanian dilihat kurang mendapat perbincangan dalam kalangan para sarjana terutamanya membabitkan permasalahan dalam pelaksanaan solat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh ketagihan permainan dalam talian terhadap pelaksanaan solat dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan literatur dan pengumpulan data soal selidik. Data dianalisis secara analisis kandungan dan deskriptif bagi melihat hubungan antara dua pemboleh ubah yang ada. Hasil kajian mendapati bahawa permainan dalam talian yang berlaku mampu memberikan pengaruh terhadap pelaksanaan solat pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun, kajian ini akan menjadi perintis kepada penyelidikan yang lebih luas berfokus kepada demografi permainan dalam talian dalam kalangan masyarakat di seluruh Malaysia.
Affiliation:
- Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
- Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 21 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|