View Article |
Sorotan Literatur Faktor Agama, Sosio Budaya, Sosio Ekonomi dan Persekitaran yang Mempengaruhi Kecenderungan Penagihan Dadah
Engku Mohammad Fadhli Engku Fauzi1, Razi Yaakob2, Ridhuan Tee Abdullah3, Tengku Atikah Engku Fauzi4, Mohd Nazmi Che Nordin5.
Isu penagihan dadah tidak lagi dilihat sebagai satu perkara asing dalam permasalahan sosial sesebuah negara terutamanya dalam kalangan negara yang membangun. Kebanyakan negara mengambil serius mengenai isu ini sehingga diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara. Di Malaysia, isu penagihan dadah merupakan perkara yang sangat serius sehingga menjadi agenda utama negara yang perlu diberi perhatian. Pelbagai perdebatan dan perbincangan yang telah diusahakan oleh agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), keluarga dan individu berkaitan bagi mengawal serta membendung unsur-unsur yang boleh menyumbang kepada kecenderungan penagihan dadah di negara ini. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sorotan literatur faktor agama, sosio-budaya, sosio-ekonomi, dan persekitaran yang mempengaruhi penagihan dadah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan hasil pengumpulan data yang dilakukan melalui kajian kepustakaan dan sumber data sekunder. Hasil dapatan kajian ini akan memberikan gambaran terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penagihan dadah berdasarkan empat faktor yang telah ditetapkan.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus,Terengganu, MALAYSIA, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus,Terengganu, MALAYSIA, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus,Terengganu, MALAYSIA, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus,Terengganu, MALAYSIA, Malaysia
- Fatima Collage of Health Sciences, Al-Ain Campus, Abu Dhabi, United Arab Emirates
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 28 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|