View Article |
Pengaruh dan Sumbangan Haji Mat Litar dalam Pengajaran Qiraat Warsy di Terengganu
Nor Hafizi Yusof1, Nur Aina Nabilah Ahmad Aiman2, Felza Zulhibri Abdul Hamid3, Muhamad Fadlly Ismail4.
Pada peringkat awal pengetahuan dan pendedahan Ilmu Qiraat dalam kalangan masyarakat di Malaysia umumnya dan di Terengganu khususnya bermula agak perlahan berbanding dengan ilmu-ilmu agama yang lain. Tambahan pula disiplin ilmu ini kurang diberi perhatian yang sewajarnya oleh kebanyakan masyarakat Islam. Pembelajaran ilmu qiraat hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar yang mengambil bidang al-Quran di Mahad Tahfiz dan Universiti sahaja. Sesiapa yang membaca al-Quran dengan riwayat yang berbeza selain daripada riwayat Hafs masih dianggap salah dan tidak menepati bacaan al-Quran yang sahih. Justeru, artikel ini bertujuan mengetengahkah ketokohan Haji Mat Litar dan murid-muridnya yang masyhur dalam pengajaran qiraat Warsy menerusi paparan latar belakang mereka dan sumbangan yang diberikan bidang bacaan al-Quran khususnya qiraat Warsy. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dilakukan menerusi temu bual dan rujukan dokumentasi. Selain membuat kaedah temu bual, pengkaji turut membuat pemerhatian di tempat pengajaran dan pembelajaran bagi qiraat tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat pengaruh dan sumbangan yang jelas daripada tokoh-tokoh bacaan Imam Warsy dalam memartabatkan Ilmu Qiraat kepada masyarakat Islam di sekitar Terengganu. Hal ini dapat dikesan terutamanya dalam melahirkan ramai daripada kalangan masyarakat yang mahir dan celik al-Quran serta hebat dalam Ilmu Qiraat. Selain itu, sumbangan dan pengaruh mereka dapat dilihat dengan penubuhan Persatuan Qurra’ di Terengganu dan kelas-kelas pengajian al-Quran khusus dalam bidang qiraat yang kekal sehingga kini. Kajian ini banyak memberi implikasi kepada masyarakat Islam melalui teori dan praktikal dalam menyebarkan dan memperluaskan ilmu dalam bidang ini.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus Terengganu,Malaysia, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus Terengganu,Malaysia, Malaysia
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Paya Besar, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia, Malaysia
- Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS), KM 8 Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 29 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|