View Article |
Penelitian Literatur Terhadap Penerapan Teori Relevans Untuk Menangani Makna Figuratif dalam Karya Sastera Terjemahan Arab- Melayu dan Karya Sastera Melayu
Nik Norimah Tuan Mat1, Noor Eliza Abd Rahman2, Azman Che Mat3.
Teori relevans sering digunakan bagi menangani bahasa figuratif yang mengandungi konsep dua makna, iaitu makna tersurat dan makna tersirat. Kajian ini akan menghuraikan bahan-bahan yang berkait dengan penerapan teori relevans dalam penterjemahan Arab-Melayu dan karya sastera Melayu berdasarkan kajian-kajian lepas bermula 2002 hingga 2022. Pencarian data dilakukan menerusi carian di pangkalan data Google Scholar dan Semantic Scholar. Data dianalisis secara deskriptif bagi mengenal pasti aspek kajian bahasa figuratif serta genre karya sastera yang telah diketengahkan dalam kajian-kajian lepas oleh para sarjana. Kajian ini mendapati teori relevans lebih banyak diterapkan dalam kajian sastera Melayu. Dapatan kajian juga menunjukkan teori relevans sesuai diterapkan bagi menangani makna figuratif dalam karya kesusasteraan.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus Terengganu,Malaysia, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus Terengganu,Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Dungun, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 27 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|