View Article |
Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Atas Talian ketika Pandemik Covid-19 dalam Kalangan Pelajar di Politeknik Melaka
Mohamad Afdzam Rahim1, Mohd Nordin Mohd Jani2.
Badai pandemik COVID-19 seluruh dunia telah mewujudkan suatu norma baru dalam pelbagai sektor. Sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) antara sektor yang turut merasai tempias pandemik di luar jangkaan ini. Arahan pembelajaran secara atas talian secara drastik dilihat amat sukar untuk diterima, namun norma baharu dalam proses pembelajaran ini wajar diaplikasikan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian ketika pandemik covid-19 dalam kalangan pelajar program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan). Seramai 160 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Politeknik Melaka telah dijadikan responden. Fokus kajian ini tertumpu kepada dua pemboleh ubah iaitu aspek keberkesanan dan hubungan di kalangan pelajar. Dalam mengukur keberkesanan pembelajaran secara atas talian, satu set soal selidik telah dibentuk dan digunakan sebagai instrumen bagi menjayakan kajian ini. Data yang diperoleh dari soal selidik ini telah dianalisis menggunakan IBM SPSS.
Affiliation:
- Politeknik Melaka, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka, Malaysia, Malaysia
- Politeknik Melaka, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 22 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|